" Tatkala Usia Menginjak remaja, kita bebas kemana sahaja, kita bebas berkawan dengan sesiapa pun, kita juga bebas melakukan apa saja " - Haszahari
Itulah yang aku fikir sewaktu umur aku menginjak ke remaja. Aku fikir aku sudah cukup matang dalam menilai segala hal. Tapi aku silap. Aku silap dalam memilih kawan.
Pada suatu ketika dahulu, kawan-kawan ku telah memecah masuk sebuah rumah di taman bukit mor, kebetulan sewaktu kejadian itu berlaku aku berada di kawasan tersebut. kerana kejadian pecah rumah itu heboh satu kampung dan heboh satu kampung juga mengatakan aku adalah pencuri itu. Seorang Hamba Allah yang sangat berhati mulia telah menyampaikan berita itu kepada ibuku. Sesampai saja aku di rumah waktu tu ibu telah menantiku dengan batang paip sambil merenungku tanpa berkelip. Turun saja aku dari basikal aku dibelasah teruk oleh ibu. Aku merelakan segalanya. walaupun hakikat nya aku tau itu perbuatan siapa. kerana perbuatan mereka juga aku dipandang hina oleh orang kampung dan sehingga kini tiada siapa pun tahu hal sebenar termasuk ibuku sendiri.
No comments:
Post a Comment