Kenangan dan Pengalaman di alam Pekerjaan
Bismillahhirrahmannirrahim..
Perjalanan kerja bermula saat usia 15tahun..
Bekerja sebagai attendant pump disalah sebuah stesen minyak di pekan Parit Jawa. Bekerja disini Untuk mengisi masa lapang pada musim cuti persekolahan. Pump attendant , kerja dua shift, shift pagi dari 7 pagi hingga 3 petang, shift petang dari 3 petang hingga 11 malam dengan hanya cuti sekali seminggu.
Pengalaman kerja pertama ini dengan gaji RM500 sebulan mengajar saya akan erti Istilah "Bukan Senang nak senang, bukan susah nak susah " .Selain
mengisi minyak pelanggan, perlu kira duit bila dah habis shift, bersihkan kawasan persekitaran, panjat dan semak kandungan
minyak apabila lori sampai, dan pelbagai lagi.
Berpanas, berterik, berhujan, dengan gaji yang tidak seberapa menyedarkan saya tentang susah payah ibubapa membesarkan saya dengan pendapatan mereka yang tak seberapa untuk menyara kami sekeluarga.Apapun, pengalaman kerja pertama ini mengajar saya erti susah payah mencari duit sendiri dan menghargai hasil titik peluh sendiri dan juga besarnya pengorbanan ibubapa dalam membesarkan anak-anak dari segi kewangan.
Hotel Classic Muar
Saya mendapat Kerja di Hotel Classic Muar yang terletak bersebelahan dengan The Store Wetex Parade. Saya bekerja sebagai pelayan Banquet dengan gaji yang agak lumayan,
RM4.5 sejam dan jika bekerja overnight ratenya adalah RM7 sejam.
Selalunya paling kurang saya akan mendapat RM30 sehari dan jika saya
bekerja overnight akan dapat RM70 sehari. Gaji dibayar seminggu sekali.
Ada juga syarikat atau sekolah-sekolah yang mengadakan Annual Dinner dan ada juga University tempatan dan Kolej Swasta yang membuat Alumni. Banyak pengalaman samada yang manis atau pahit yang aku dapat semasa menjadi pelayan di hotel ini. Dipuji, dimaki, diherdik oleh Kapten dan pelanggan adalah satu perkara lumrah. Mendapat tips adalah satu bonus buat kami.
Kilang Kompang
Disini saya mula bekerja setelah saya tamat belajar di ABM (Akademik Binaan Malaysia). Berkerja 6 hari seminggu. waktu bekerja pada pukul 8.30 pagi hingga 6 petang.Bermula dengan gaji Rm 400 sebulan. Seawal bekerja kami dijanjikan dengan kenaikan harga gaji setelah 3bulan kami bekerja.
Bulan pertama kami lalui dengan cukup sempurna. Tetapi bila masuk bulan kedua dan seterusnya tenaga kami dikerah secukup-cukup nya untuk menyiapkan kerja mengikut waktu yang telah ditetapkan, waktu yang sangat singkat bagi kami untuk menyiapkan tempahan. Risiko yang sangat tinggi bila bekerja tanpa insurans diri. Hari-hari bekerja tempat yang berhabuk. Dikelilingi dengan pelbagai jenis Mesin yang digunakan secara manual.Risiko untuk kecederaan tersangat lah tinggi. kadangakala kami sanggup bekerja lebih masa demi menyiapkan tempahan.
Hari berganti hari Bulan berganti bulan. Apa yang dijanjikan hanya sekadar kata-kata.Gaji yang kami dapat tetap sama seperti gaji permulaan kami bekerja. OT kami tak dikira, jadi kami ambil keputusan untuk berhenti kerja.
Pemandu Lori
Sementara menunggu panggilan untuk Interview Menjadi Polis saya bekerja sebagai Pemandu Lori di syarikat mak cik saya. Kerja saya hanya mengambil batu dan tanah di kuari dan menghantar kepada pelanggan-pelanggan yang menempah. Saya hanya menghantar di kawasan Muar dan Batu Pahat sahaja.
Perkara yang tak boleh saya lupakan ketika saya bekerja sebagai pemandu lori ni semasa saya disaman oleh seorang anggota polis dengan kesalahan memandu Lori tanpa lesen.
Anggota Polis
Dua kali temuduga dan akhirnya Alhamdulillah saya dipanggil untuk menjalani latihan selama 6 bulan di Pusat Latihan Pulapol Negeri Sembilan. Pelbagai cabaran dan dugaan yang telah saya tempuhi sepanjang saya berkhidmat sebagai anggota polis, Saya berjaya tempuhinya. Alhmdulillah kini genap sudah 3 tahun saya berkhidmat.
No comments:
Post a Comment